Isnin, 15 Ogos 2011

RESEPI TEPUNG PELITA

teringin pulak nak buat kuih ni, mesti sedap punya
TEPUNG PELITA


Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

 Lapisan bawah
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
sedikit air kapur
4 helai daun pandan di mesen dgn sedikit air
Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga rata.
Masak atas api sederhana dan kacau selalu sehingga adunan masak dan berkilat
Bila dah masak sudukan ke dalam kotak pisang atai gelas kecil dan ratakan.
biarkan keras sebentar.
Lapisan Atas
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
secubit garam

Perah santan dan tapis ke dalam periuk. Masukkan 4 sudu tepung beras dan secubit garam.
kacau rata dan masak atas api sederhana sambil mengacau sehingga adunan masak dan pekat.
Sudukan santan ke atas lapisan pandan tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.

Macam mana nak buat kotak dia??? Jom belajar buat kotak pisang 

Bahan-bahannya
Daun pisang secukupnya
Lidi yg telah di tajamkan hujungnya


Mula2 potong daun pisang 6 inc panjang dan 5 inc lebar. Cuci bersih dan layurkan. Cara ita layurkan ita rendam dalam air panas. Ini untuk melembutkan daun supaya tidak koyak bila melipat.Boleh juga salai atas api atau jemur di bawah matahari


Lipat setiap tepi daun selebar 1 1/2 inc. Gambar 1 dan 2
Lipatkan pula setiap bucu atau penjuru daun. Hanya sampai ke garisan lipatan sahaja jangan sampai tengah. Gambar 3
Kemudian kelepitkan penjurunya seperti dalam gambar 4



Kelepetkan pula ke tengah dan tarik sikit biar bahagia atas kecil sikit dari bahagian bawah
Kemudian sematkan dengan lidi supaya ia tak terbuka
Potong hujung lidi yang tajam untuk mengemaskannya lagi.


Kotak siap untuk di gunakan.. Selamat mencuba !





Tiada ulasan:

Catat Ulasan